Suatu Hari di Hari Deepavali (1997-SMT Kuantan)

October 26th, 2008  Tagged

Setiap kali menjelang hari Deepavali, aku mesti akan teringat kisah lucu aku dan kwn2 baikku (Marini, Azie, Affa dan Yan) semasa jadi budak hostel kat teknik kuantan dulu. Cerita bermula bila classmate kitorang (Radha) ajak pergi berdeepavali kat rumah dia di Bukit Setongkol (kalau tak silap). Kitorang ni tak pernah makan kat rumah orang bukan Islam, Jadi masing2 berbelah bagi nak pergi ke tak. Tapi at last kitorang pegi jugak.(Tak ingat masa tu minta kebenaran warden asrama ke tak..) hehe.  

Masa dalam perjalanan tu kami dah berpakat, sampai rumah dia nanti, makan makanan kering dgn minum air je. Jangan makan makanan basah yg diorang buat.Bukan apa, was2 thp kehalalannya. Si Yan yg paling cerewet ni lg best. Tak nak makan langsung katanya..

Lepas naik bas yg tak berapa sardin dan melaui kwsn kubur melayu, jirat cina dan kubur kristian, kitorang pun sampailah rumah Radha yg telah menunggu di depan rumah dgn senyum simpulnya. Masuk dalam rumah kami tengok atas meja dah terhidang mcm2 jenis kuih. Kami berlima berpandangan. Macam sedap je kuih2 tu..Maruku..? Mmg tak boleh tahan. Boleh makan ni.. Makanan kering! Salah seorang drp kami bersuara perlahan. Rumah dia bersih, kemas.. Boleh makan! Yan yg cerewet td pula bersuara. Semua org terkejut,Yan cakap macam tu? Perlahan2 kitorang pun mulalah menjamah kuih2 deepavali Radha. Mula2 perlahan lama2 siap berebut lg. Mmg muka tak malu! Radha mcm biasala.. Senyum je..

Tak lama lps tu, mak Radha dtg hidang nasi beriyani dengan ayam masak merah berempah. Sekali lagi kami berlima berpandangan. Aku dah telan air liur,bau masakan mak Radha je dah cukup buat aku terpesona. Agaknya mak Radha perasan, terus dia cakap, jgn takut.. Ini ayam auntie beli yg sembelih punya kat pasar. Kami berlima tersengih2 mcm kerang busuk dgr mak Radha ckp mcm tu. Malu pun ada. Lps mak Radha berlalu ke dapur, salah sorang drp kami (tak ingt sape) tanya Radha, keluarga dia makan ba** tak? Bila dia kata tak pernah makan je, kitorang tak tunggu lagi. Terus basuh tangan dan cedok nasi. Cuma Yan je yg masih ragu-ragu. Tapi bila tengok kitorang yg lain mkn dgn penuh berselera, dia pun akhirnya tak dpt tahan. Nak tergelak betul tgk reaksi dia masa tu.

Disebabkan nasi dan ayam masak merah berempah mak dia tu sgtla sedap.. Masing2 mkn bertambah.  Lupa langsung dah apa yg dirancang sblm sampai td. Yg paling bestnya, Yan yg konon2 tak nak makan tadi, pinggan nasi dia tertumpah air minuman. Tapi nasib baik nasi dah nak habis, lagipun dia dah tambah nasi tadi. Kami ingat dia nak la basuh tangan, rupa-rupanya dgn muka yg langsung tak tau malu, boleh dia mintak pinggan nasi lain dgn Radha! Dia nak sambung makan lg! Masa tu, kitorang mmg dah tak boleh nak tahan gelak.. Terkekek-kekek kitorang ketawa! Kesedapan nasi beriyani mak Radha mmg tak boleh dipertikaikan lagi. Dan ketakmaluan muka Yan yg sblm ni sgt cerewet hal2 mkn ni tak dapat disorok lagi..

Begitula cerita kelakar aku dan kwn2 budak 5 Elektrik 2 masa deepavali 11 tahun dulu.. Kami berlima tak berhenti-henti gelak masa perjalanan balik dari rumah Radha.. Yang paling teruk kena gelak, siapa lagi kalau bukan Yan.. Muka Yan yg putih melepak mcm mat saleh tu merah padam kena gelak dengan kitorang.. Mana tak nya, drp tak nak makan, last2 dia habiskan tiga pinggan nasi beriyani tu!

Itulah kenangan terindah aku dan kwn2 pada hari Deepavali 1997! :-) Miss u all my bestfenz Marini, Azie,Yan dan Affa.. U too, Radha! Hepi Deepavali!

Ogos dtg lagi…

August 12th, 2008

OGOS DATANG LAGI… Apa ada pada bulan ogos? Oo… Bulan kemerdekaan bg negara kita Malaysia.. Selamat menyambut bulan kemerdekaan.. Hmm..Sekali lg aku jd ajk sambutan merdeka kat sekolah Thn ni kena handel persmbhn teater lak..thn lepas pertandingan mewarna. Maklumla..aku ni kan cikgu teater yg konon2 berkaliber..hehe.. Ya..aku n kak zuza akan berusaha keras agar persmbhn teater buat julung kali ini Akan meninggalkan kesan dlm hati setiap warga smk jerantut..mcm yg kami buat masa minggu teknik dan vokasional dulu.. (Hehe..mmg perasan!)

Lagi? Apa ya.,. Tapi aku yakin betul ada sesuatu yg seronok sangat bulan Ogos ni.. Ya..Ya.. CUTI SEKOLAH!! Hoorey!! (Seronok lebih drp student! Tak patut betul!) Yeeaha…! Seronoknya!! Minggu depan cuti sekolah! Cikgu-cikgi.. Selamat bercuti.. Selamat merehatkan minda.. Selamat bersantai bersama keluarga.. Selamat melancong.. Selamat balik kampung.. Selamat merelease tension! Selamat melupakan seketika segala masalah yg berlaku di sekolah..

Lupakan seketika pelajar bermasalah, pelajar sakit, pelajar target,pelajar harapan, pelajar hitu, pelajar hini.. Buku-buku latihan,buku nota, buku rancangan mengajar, buku rujukan,buku hitu, buku hini. Tugasan harian, bilik darjah,bilik guru,bilik2 khas, bilik hitu,bilik hini. Marker pen,kapur,whiteboard,kolam ikan, bunga hiasan,tandas guru,tandas pelajar,pejabat,kerani,mesin fotostat, alat bantu mengajar, computer, lcd,ohp. Minit mesyuarat,mesy guru,mesy panitia, mesy displin, mesy pibg, mesyuarat hitu, mesy hini.. Laporan disiplin, laporan guru bertugas, laporan salah laku, laporan hitu,laporan hini.. Borang tindakan disiplin, borang A, Borang B, borang pencen, borang hitu, borang hini. Surat panggilan mesyuarat,surat gantung,surat buang sekolah, surat hitu,surat hini. Masalah disiplin pelajar,markah ujian,set soalan.. target individu,target pmr, target spm, target stpm, target hitu, target hini.. Analisis individu, analisis peperiksaan dalaman, analisis peperiksaan luaran, analisis spm, analisi hitu, analisi hini.. Folio A, Folio B, Folio Z.. Folio hitu, folio hini. Kelab2 dan persatuan, kelab teater,kelab F1, kelab setia, kelab hitu, kelab hini.. Persatuan PBSM, pengakap, kadet polis.. Latihan olahraga, bola jaring, bola sepak, bola keranjang, bola hitu, bola hini.. Segala-gala..Segala hitu, segala hini.. Segala2nya..

It’s time to rest! It’s time to free your mind from all this things and spend more time with family and frenz.. Siapa kata jadi guru senang? Believe me.. You’ll never know until u experienced it yourself. Sebelum memilih kerjaya ini, aku adalah orang yang bersuara lantang mengatakan.. Alah.. Jadi cikgu bukan susah, masuk kelas keluar kelas je..Cuti pun banyak,, Tak challenging! Tak happening! Sebab tu lah aku tak berangan pun nak jadi cikgu.. Sebab tu jugalah aku nak jadi engineer.,..

Tapi sekarang kalau aku dengar ada orang cakap macam tu depan aku.. Nampaknya mereka-mereka ini, memang nak merasa sgt penyepak kamehameha aku.. Jadi..Guru2 seMalaysia sekalian..Manfaatkan cuti sekolah yg singkat ini dgn sebaik2nya.. Semoga bila kembali ke sekolah nanti.. Fikiran kita lebih tenang, segar dan bersemangat kembali untuk meneruskan perjuangan mendidik anak2 bangsa dari segi kurikulum, kokurikulum,sahsiah, jasmani dan rohani! ( Huh..Tiba-tiba pulak jadi bersemangat waja.. )

Whatever it is… I luv my job.. Really.. I luv this job! I appreaciate and enjoy what I’m doing now.. Everything that’s Allah gave to me.. Is what Allah thinks the best for me.. I have to accept, appreciate, survive and never surrender.. Apakah nikmat sebuah kejayaan jika diperolehi tanpa ujian, cabaran, dugaan, kegagalan dan tanpa perlu bersusah payah?? Berjaya bangun daripada sebuah kegagalan adalah kemenangan yang sebenarnya.. Betul ke? Ar, lu pikirlah sendiri!!

SELAMAT BERCUTI! Have fun! MERDEKA!!

Henry would love to comes back??

January 13th, 2008

ROME, Jan 9 - Thierry Henry would love to return to former club Arsenal in some capacity in the future, the Barcelona striker said on Wednesday.

"It does not matter what will happen with my new team, I’ll never find the affection I was shown at Arsenal," the Henry told Sky television (www.skylife.it).

"In part that’s because I don’t think my legs will let me play for another club for eight years.

"You always return to the place you belong to and so I hope one day to be able to work with that club. I have this club in my blood."

The 30-year-old said he had followed Arsenal’s games since leaving for Spain in the close season.

"I’m proud to have played for Arsenal and to be a fan of theirs," he added. "Before I was not a fan of any club, but I have become an Arsenal fan and it’s difficult for me to not watch their matches".

Henry also said that he left Juventus for the Premier League side in 1999 because of a fall-out with the Turin club’s disgraced former general manager Luciano Moggi.

"Something happened with Moggi that I didn’t like, I don’t want to go into the details," he said

"I’m an honest lad and for me it was a disrespectful thing. I would probably have continued to play at Juventus. But after that lack of respect, I told them I didn’t want to play there any more and I left".

Moggi, who has been banned from soccer for five years, was at the centre of the match-fixing scandal that led to Juventus’ demotion to the second division last year. Juve won promotion back to the top flight last season. (Writing by Paul Virgo; Editing by Alison Wildey)

Aku: What happen? He miss gunners so much? Or.. He miss the champion titles dat gunners will possibly  grab dis year? Now he know, Arsenal still maintain and live strong with or without him..

Anyhow..if he really wants to come back to Emirates Stadium.. He is welcome.. After all, he still my arsenal’s legend after Dennis Bergkamp.. Caiyuk2 Henry!

Henry ke Barca

June 29th, 2007

Finally, Henry has made up his mind to join Barcelona.. So dissapointed to all Gunners Fan.. What else left behind? Arsenal now is half damage.. huh.. Hope i’m still standing still behind the club.. no matter what.. Welcome to Barca. Perhaps there’s more chances to success in your career.. n hope u will end up with much2 more champion title with Barca. Good luck n farewell..

Welcome back Henry-da spirit of GUNNERS!

January 4th, 2007

3hbJHenryan-Arsenal Vs Charlton- 4-0-After a month, setelah berehat agak lama krn injury akhirnya Henry kembali dlm kesebelasan utama Arsenal. The return of Henry gives good spirit in the camp!We win back :-) Ternyata Stadium Emirates masih kebal!So,Ars dah naik tangga ke4 blkg liv,chelsea n MUnyet.39 mata, hanya 1mata diblkg liv,9 mata blkg chls n 15 mata blkg MU.

"Maybe we are very far from the championship but we want to do as well as we can. We are in the champion league and play in the FA Cup against Liverpool on this Saturday." Arsene Wenger.

So..Good Luck Arsenal! Hope we can beat Liv this saturday in the FA cup! Caiyuk!Caiyuk!Bbbasyaa!Berusaha!

CUTI-CUTI JEJAK KAWAN LAMA

December 26th, 2006

Part 1- Member UiTM -Gna n Na datang rumah dari s.alam

Terharu + gembira + nak nangis aku dibuatnya bila kwn baik aku 2 org ni yang tensen aku tak turun2 s.alam sebab jg baby akhirnya diorang sendiri yg turun jerantut jemput aku..dan keesokannya aku pun ikutlah diorang balik s.alam, tapi tinggal kat rumah kakak aku la.Sampai sana, diorang ambik cuti n kitorang jalan2 imbas balik tempat2 yg selalu kitorang pegi dulu esp gerai mkn sek 2.Sedapnya makan ikan keli bakar cicah dgn air asam..dah la sedap, murah pulak tu.Yummy!

Part 2 - Ziarah baby comel sulung Farah n Agirl

Thn ni ramai member aku yg dah bergelar mummy..Aku pun ajakla Gna, Na n Ina Alien menjenguk anak2 sedara kitorang tu..Mula2 pergi rumah Farah,alamak cutenya baby dia!Geram kitorang dibuatnya..mcm muka husband dia.Cam tak caye je farah yg pernah duk serumah ngan aku ni dah bergelar ibu. Husband dia pulak, baiknya..pandai jaga anak,buatkan susu,pandai dodoi..emm..dahla baik, beriman, hensem lak tu..kalaula dpt sorang yg mcm tu bertuah badan..hehe..nampak gayanya kena ikut cara farah,jumpa husband kat majlis agama:-)

Malam esoknya kitorang pergi rumah mummy Agirl lak.Dia ni lagilah kitorang susah nak percaya dah jadi mak.Dulu masa study punyalah brutal n kasar,layan lagu cromok n butterfingers,cakap pun main lepas je..tup2 kawin dulu dari kitorang.Baby dia comel jugak,tapi memang lasak n aktif..menurun jugak sifat si Agirl tu..hehe..Husband dia pun baik mcm husband farah pandai jaga anak.Sejuk mata kitorang tengok.Agaknya suami2 zaman sekarang ni mmg baik2 kot..Beruntunglah memb100_1139_1er2 aku tu..100_1171100_1164 Jaga family baik2 ya, jadi ibu dan isteri yg solehah..

Part 3 - micro reunion geng2 rapat sekolah teknik kuantan

100_1212

Lepas jumpa member UiTM aku arrange pulak perjumpaan semula member sekolah aku,marini,syams n wani.Dulu kat teknik kitorang duduk sebilik dan rapattttt sesangat!Syams ni sejak tamat sekolah aku tak pernah jumpa dia lagi.Rindu jgn cakapla.Pada hari yg dijanjikan syams dtg dari raub,marini dari seremban dan kitorang berkumpul kat macro s.alam tempat wani kerja.Yg best tu,kitorang buat surprise kat wani yg tengah kerja.Apalagi..nak termenangislah member sorang tu.Tak percaya sungguh dia kitorang sanggup dtg dari jauh jumpa dia kat situ.Inilah pertemuan kembali kitorang setelah 9 tahun tak pernah bersemuka 8 mata..Gembiranya aku hari tu..Sgt seronok! Macam tak nak berpisah je..Lepas ni entah bila pulak la dapat kumpul macam ni lagi..Huk huk..:-(

Part 4 - kenduri kawin Linda di K.Lipis temukan kembali member2 teknik

After 9 years..kitorang jumpa semula..tak sia2 aku datang, tak sangka jumpa ramai member lama.Yg best tu ada yg datang dengan husband yang jadi boipren dia sejak dari zaman skolah lagi..panjang jodoh korang.Bila dah berjumpa tu,gamat dengan ketawa jgn cakapla..dah jadi mcm majlis kitorang dibuatnya!Kitorang yg masih bujang ni,sibuk nak duk dekat2 pengantin masa bergambar,kata Mai kena ambik aura dari pengantin..ye la tu..sebelum balik Mai,Aidah n Suteh sempat jugakla mencilok daun sireh junjung hantaran..Aku tengok cam best je,join la sekali.hehe..Yg tak best nya El tak tau pasal tu,lepastu mintak separuh aku punya..Hmm..Nampaknya kurang menjadi la..Hehe.. For linda..Selamat mengikut suami ke Jepun..Imbas kembali masa korang sama2 study kat jepun dulu..Selamat berbahagia!

100_1242_1

100_1223

Posto..Posto..Posting.Posting..

December 14th, 2006

Pagi tadi lepas je brekfes aku aku terus bukak laptop cek kena posting kat mana. Nak kata berdebar-debar sangat tu, tak la jugak sebab aku dah pernah mimpi dapat Pahang n instinct aku kuat sgt kata aku dapat Pahang…biasanya kalau mimpi dan instinct aku ni bergabung..Insya-Allah betullah tu..

…dan seperti yang aku dah jangka, memang betul aku dapat Pahang. Syukur Alhamdulillah.. sekali lagi Allah telah memakbulkan doa aku n mak aku.. cumanya..setakat tau negeri je la..aku ingatkan tau sekolah terus..Memandangkan aku ada no. i.c member sekelas, aku pun cek la utk diorang semua. Tahniah aku ucapakan pada semua member KMT sebab semuanya dapat posting kat negeri pilihan masing2. Kecuali K.U n Maizi, dua2 dapat Selangor. Aku harap korang tabah n kuatkan semangat wpun terpaksa berjauhan dgn family tercinta. Insya-Allah tak lama tu..nanti dapatlah tukar. Kalau tak pun wife masing2 dapat bertukar ikut korang..

Aku juga nak ucapkan tahniah buat Nurul n Azmi sebab dapat SBP (Sek berasrama penuh). Hebat ya korang! Jeles pulak aku..Hehe..Kena kerja kuat la kalau dah dapat SBP ni..Aku yakin korang boleh!! Selainnya, yang 2nd intake aku tak cek sbb xde no ic.. Cuma Ila je yg aku tau dapat Selangor. Suka bangatla budak sorang ni..Tak payah nak ulang-alik dgn AirAsia lagi balik Selangor..:-)

For all, aku ucapkan selamat menempuh dunia baru. Selamat menabur bakti dan menjalankan tggjawab menjadi guru yang berdedikasi tak kira di mana kita ditempatkan..Bekerjalah dengan sepenuh dan seikhlas hati..

SELAMAT BERKHIDMAT! Will miss u all….

Maha Karya Cinta -Faizal OIAM

December 11th, 2006

Faizal_b Begitu berat melangkah melihat kau bersamanya adakah aku yg salah atau hanya helah saja ku masih mencintai diri kamu bila kau menjauh ku rindu kau bagaikan udara yang membantu aku untuk terus hidup diatas dunia tanpamu ku lemah pasti aku tak berdaya kerna kau maha karya cinta … biarpun kau tidak mahu menerima kasih daku ku kan setia bersama mu sehingga ke akhir waktu ku masih menyayangi diri kamu bila kau berlalu ku rindu .. kau bagaikan udara yang membantu aku untuk terus hidup diatas dunia tanpamu ku lemah pasti aku tak berdaya kerna kau maha karya cinta kau takkan dapat aku lupakan kerna kau lah punca cinta kita mengajar aku erti bahagia kembalilah .. terimalah pesan daku yang akan terus menunggu …

Hadiah Sebuah Kepulangan..

December 11th, 2006

100_1090 Pukul 3.45pm 3 Disember 2006 merupakan tarikh bertuah buat keluarga Mat Nor dan Radziah kerana seluruh ahli keluarga amat gembira menyambut kelahiran warga baru iaitu Si Comel Amirul Ikhwan. Tambah sorang lagi cucu mak n abah aku. Dulu 3 skarang dah jadi 4. Sayangnya aku takde kat kampung..Masa tu aku tengah berlari-lari berkejaran mengejar masa di BTN. Tak sabarnya nak balik jenguk baby tu!

100_1089_1

Masa drive balik kampung dari Terengganu, aku asyik terbayang2 je anak buah aku sorang tu..Mesti comel macam abang dia..Lepas je aku turunkan Dila kat simpang Kg. Awah, aku terus pecut balik umah. Sampai umah tepat2 waktu maghrib. Aku pun apa lagi cepat2 bukak pintu kete nak masuk umah..Tapi….

Ada berita buruk..Sampai je kat muka pintu, adik bongsu aku beritahu baby takde..Petang tadi masuk hospital, kena demam panas! Adus..Sedihnya aku!Hilang semangat aku yang berkobar-kobar tadi..Abang aku, wife dia n mak aku semua ada kat hospital, yang ada kat umah adik n abah je. Abah kata kejap lagi dia nak pergi hosp hantar barang2 baby. Walaupun penat seharian drive aku tetap nak ikut pergi hosp, macammanapun aku mesti tengok jugak baby tu malam ni.Lepas mandi n sembhyg maghrib kitorang bertiga bertolak ke hosp.

Rupa2nya anak buah aku tu disahkan Kuning. Kesiannya.. Dan pada malam tu, dapatlah aku menatap wajah comel anak buah aku..Tenang hati tengok mukanya yg cute…Barulah aku dapat tidur dgn nyenyaknya malam tu.. Syukur alhamdulillah..Lepas 3 hari masuk wad, Amirul Ikhwan dah boleh keluar…Bolehla aku main dgn dia puas-puas..:-) Percutian yang menyeronokkan!

IPSMB blues..

November 27th, 2006

Imag1062 IPSMB Terengganu

mula2 aku dtg sini, aku macam tak suka jer..banyak benda yg aku tak suka dgn tempat ni..kwn baru yg tak best,tempat baru yang asing,makanan yg tak sedap(manis),bahasa yang aku tak berapa nak paham..macam2la.. cuma ada satu benda je yang aku suka sangat mula2 menjejakkan kaki kat besut ni.,LAUT! Ya..aku ni teruja sgt jumpa laut pasal kat rumah aku takde laut, ada sungai je..:-)

tapi..itu dulu..sekarang, bila dah dekat setahun aku menjadi warganegara besut ni..lama2 sedikit sebanyak perasaan aku berubah..aku dah mula suka kwn2 baru aku..esp classmate aku (KMT) memang class!aku dah mula terima suasana,budaya dan makanan kat sini..bolehla..orangnya baik2..terlalu banyak kenangan manis yg aku lalui sepanjang berada di besut ni..

thanx so much IPSMB kerana telah memberikan pengalaman yg amat berharga bagi aku..aku pasti rindu pada semua yang akan aku tinggalkan kat sini..lautnya yg biru..makanannya yg murah, bahasanya yang aku tak expert2 jgk,kawan2 terutamanya..semualah..semua..

farewell IPSMB…good memories will always remain in heart…